blog papa di view

Saturday 13 April 2013

15 FAKTA UMNO KHIANAT MELAYU

Ok kita kasi cooldown sikit pembokaran panas papa...kang org tak suke plak kat papa nie..so skrg nie layan fakta-fakta UMNO nie khianat orang melayu...renung2 kan dan ubah di kertas undi anda.....INIKALILAH!!!!!



1.    UMNO mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Sebanyak 27 kerusi Parlimen baru diwujudkan namun Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi.  Johor diperuntukan 6 kerusi Parlimen, Sabah 5. Semua negeri  yang lain mendapat tambahan kerusi Parlimen, termasuk Wilayah Persekutuan.  Sarawak tidak terlibat, kerana persempadanan kawasan telah disempurnakan dalam tahun 1997. Ini akibatnya mengurangkan suara kerusi Melayu di dalam Parlimen. 

 2.     UMNO dengan sukarela meletakkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu yang menyaksikan suara Melayu berkurangan. Di DUN Tenggaroh, Johor misalnya, peratusan pengundi Melayu ialah 80%, Cina (17%) dan India (2%). Tetapi UMNO merelakan calon yang bertanding daripada MIC iaitu Murukasvary a/p S.Thanarajan yang mengalahkan calon PAS iaitu Shahar bin Abdullah dengan majoriti 8,233. Kekalahan calon PAS menyebabkan berkurangnya satu suara Melayu dalam DUN Johor.

 3.   Di DUN Titi Tinggi, Perlis, peratus pengundi Melayu ialah 74%, Cina (23%) dan India (1%), namun UMNO hanya melihat dengan rela hati kerusi tersebut ditandingi oleh Yip Sun Onn daripada MCA yang menang mengalahkan calon Melayu dari PKR. Kemenangan calon MCA itu mengurangkan satu suara Melayu dalam DUN Perlis.
 
4.   Di DUN Kahang, Johor, pengundi Melayu membentuk majoriti dengan angka 71%, Cina (39%) manakala India (11%), UMNO tanpa segan silu menghulurkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu R. Vidyananthan A/L Ramanadhan yang seterusnya mengalahkan calon Melayu, Abdul Halim bin Mohamad Dawam daripada parti PKR dengan majoriti 5,324 undi. Tidak malukah UMNO menjerit seperti polong kelaparan ‘HIDUP MELAYU!!’ sedangkan kerusi majoriti Melayu diserahkan dengan mudah kepada MIC?

5.   Di Selangor juga mencatat percaturan UMNO yang mengkhianati Melayu. Di DUN Batu Caves yang mencatat peratus pengundi Melayu 62%, Cina 15% dan India 3%. Sekalipun pengundi India hanyalah 3%, tetapi UMNO bermurah hati menyedekahkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu Mohan A/L Thangarasu. Bagaimanapun, calon ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR iaitu Amiruddin Shari.

 6. Di Melaka juga UMNO telah menggadaikan maruah Melayu apabila melepaskan kerusi DUN Asahan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu 58.27%. Kerusi tersebut diserahkan kepada Datuk R. Perumal daripada MIC untuk bertanding dan seterusnya menang ke atas calon Melayu daripada PAS, Amdan Sudin. Pengundi India di kerusi tersebut hanya berjumlah 12.14% tetapi kemurahan hati UMNO memastikan calon MIC menang dan merugikan satu suara Melayu di DUN Melaka

 7.  UMNO juga khianat kepada Melayu dan merugikan suara Melayu apabila menyerahkan kerusi kepada calon Cina, Toh Chin Yaw untuk bertanding dalam pilihanraya umum 2008 di DUN Bandar, Terengganu. DUN tersebut mempunyai jumlah pengundi Melayu 60.4% mengatasi pengundi yang hanya Cina 38.02%. Toh Chin Yaw kemudiannya menang ke atas calon Melayu daripada PKR, Dr. Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi. 

 8.  UMNO juga khianat terhadap Melayu di Parlimen Pandan, Selangor apabila memberikan laluan kepada calon MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding sekalipun peratus pengundi Melayu yang paling tinggi di kawasan tersebut dengan jumlah 49.34% berbanding Cina 45.04%. Calon ini menewaskan calon Melayu daripada PKR Syed Shahir Syed Mohamud dengam majoriti 2,961. Hakikatnya, undi kaum Melayu lah yang membawa Presiden MCA ini ke Parlimen. Inilah bukti kebaikan hati UMNO yang mendabik dada sebagai juara bangsa Melayu!
 
 9.  Di Parlimen Gelang Patah, Johor, barisan pembangkang lebih menjamin suara Melayu dengan meletakkan calon Dr. Zaleha Mustafa (PKR) menentang calon MCA yang direstui UMNO, Tan Ah Eng. Bagaimanapun, calon Melayu ini tewas dengan majoriti 8,851 undi sekaligus menyaksikan kehilangan satu suara Melayu di Parlimen. 
  
10.  UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberikan hak keapda warga Singapura memasuki WPI ini tanpa pemeriksaan imigresen sebagaimana sepatutnya. Bahkan jawatankuasa bersama Malaysia - Singapura telah diwujudkan sebelum projek ini bermula lagi menunjukkan bagaiamana penguasaaan Singapura ke atas WPI. Di dalam wilayah ini, 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM. Akhirnya ia akan tergadai begitu sahaja yang akan menjadikan jumlah TRM di Johor merosot dengan drastik.

11.  UMNO hanya berjaya melahirkan jutawan seperti Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Dalam kajian tahunan majalah Malaysian Business (16 Februari 2010), nilai kekayaan Robert Kuok adalah RM43 bilion. Beliau kaya kerana lesen monopoli untuk import, proses dan edar gula di Malaysia. Dalam pada Raja Gula semakin kaya, rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula. Dulu harga gula hanya RM1.65 sekilogram. Pada Julai 2010, ia dinaikkan menjadi RM1.90. Pada Disember 2010 naik lagi menjadi RM2.10. Pada Mei 2011, naik lagi menjadi RM2.30 dan pada Oktober 2012 naik lagi menjadi RM2.50. Siapa boleh menjamin harga gula tidak akan naik selepas pilihanraya umum nanti? Inilah Ketuanan Melayu!

12.UMNO memperkenalkan 'along berlesen' iaitu PTPTN. Sepatutnya anak-anak Melayu yang mendapat biasiswa (pendidikan percuma) dibebankan dengan pinjaman PTPTN yang mengenakan caj-caj sampingan. Mahasiswa yang baru bergraduasi akan terus diburu PTPTN sekalipun belum mendapat pekerjaan. Apabila Pakatan Rakyat menggariskan janji untuk memberikan pendidikan percuma di peringat pengajian tinggi, pemimpin UMNO mendakwa ia akan menjadikan negara bangkrap. Padahal kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 April 2011 menyatakan bahawa sepanjang tahun 2010, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan untuk pinjaman PTPTN RM6.04 bilion. Ertinya, sejumlah ini perlu dicari oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan ketirisan akibat perbelanjaan kurang berhemat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berjumlah lebih 20 billion!

13. UMNO menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat  Wan Tak  Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak  31.36%. Majoriti  yang  mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi? Amat merbahaya apabila syarikat asing  menguasai lesen  beras negara. Tapi itulah UMNO, asal kantung mereka penuh, semua perkara boleh dilanggar.

14.UMNO menafikan royalti minyak kepada Kelantan, sebuah negeri yang majoritinya kaum Melayu. Berbeza dengan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh Barisan Nasional kesemuanya menerima royalti minyak tersebut. Bahkan untuk negeri Pahang, sudah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012 bakal menerima wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun bermula suku ketiga tahun 2014.

15.UMNO memperkenalkan dasar yang gagal iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Akhirnya dasar ini terbukti jelas gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini. Dalam pada itu, UMNO asyik memperbesarkan isu Kelantan menangguhkan penguatkuasaan salun unisex dan menarik balik larangan penyertaan qariah di dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Padahal langkah UMNO memperkenalkan PPSMI dan menarik balik kemudiannya lebih mendatangkan kesan yang mudharat kepada negara.

      Harap..membuka mata penyokong-peyokong tegar UMNO agar menolak sepenuhnya UMNO/BeND pada PRU13.....JOM UBAH.....padan muka ko BeND...hahaha...







No comments:

Post a Comment