blog papa di view

Monday 22 April 2013

Pemuda PAS Pulau Pinang kurang hajar ! WE support Chegubard !

Hangin Papa dengar brite ni bila geng papa dari penang duk datang kl pastu citer tentang apa yang jadi kat Sungai Aceh masa hari percalonan.  Papa tak suka nak crite burukan parti satu geng Pakatan tapi nak  kasi amaran sket kat dorang ni jangan dok berlagak sangat kat Penang.


Geng papa britau,  masa penamaan calon,  PAs pulak buat hal letak calon dorang kat Sungai Aceh.  Ni pehal,  kata dah bincang dalam Majlis Presiden bagi Chegubard bertading.  PASAL pulak  letak si PIAH tu bertanding.  Biar betul ! ni mendidih papa dengar bila geng citer cemni.


Melampau sungguh Pemuda PAs Penang calon si PIAH.  Ingat bagus sangat ker calon dorang ni.  Tak reti bahasa ke Majlis Presiden dah putuskan Chegubard jadi calon utama lawan dengan B End.  Bangang ke ape pemuda PAs Sungai Aceh ni.  

Kenapa tuan Guru Haji Hadi Awang tak tegur anak buah.  Tak reti control ke kempimpinan PAs ni.  Tolol juga kadang papa tengok ni.  Huh emo betul bila papa tulis ni,  lagi-lagi baru lepak dengan geng papa yang betugas kat sana.  Dorang citer si Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) pun dah janji satu lawan satu kat Sungai Aceh tapi jadi sebaliknya.  Memang patut pun video si Mus ni kluar, kaki kelentong macam si bos PAs jugak.

Nah sekarang amik nko,  Datuk Seri ANWAR balas balik letak calon Keadilan kat Labuan lawan dengan Ibrahim PAs bangkai kat sana.  Dulu sebelum ni dah deal Sungai Aceh Keadilan punya dan Labuan PAs punya,  tapi bila jadi cemni Keadilan mana boleh duduk diam ! Ingat bagus sangat ke PAs ni.


Papa lagi menyirap bila dengar Chegubard hampir kena pukul dan isterinya ditolak oleh Unit Amal PAs masa hari pencalonan tu.  Sial jugak Pemuda PAs Penang ni.  Dah tu nak burukkan dengan kata Chegubard tak layak bertanding kat sana.


Hai Pemuda PAs Penang,  nko orang kaji tak dulu sebelum cerita,  wife Chegubard orang sana kat Nibong Tebal.  Dah tentu mertua die orang sana.  Dah biasa die ulang alik p Penang.  Papa betul-betul panas bila dengar citer cemni, abis kene bantai ni kang!


Dan satu lagi Pemuda PAs Penang,  nko orang tau tak sape pengasas Keadilan di Nibong Tebal?  dah tentu ayah kepada Chegubard.  Macam tu lagi nko kata Chegubard tak layak bertanding !









Tu gambar atas,  macam bangang papa tengok,  muka tak malu,  anak kurang hajar,  bapak nko Tuan Guru Haji Awang kata jangan bertanding ! pesal nko buat muka tak malu jugak nak bertanding sial!

Ni webstie mangkuk yang pakai kupiah kat atas ni - http://ustazyusni.wordpress.com/ .  Papa suggest sape penyokong Keadilan tak puas hati sila kunjungi blog tersebut pastu tunjukkan protes kat budak kurang hajar tu !

Sori buat pembaca sekelian,  biasa papa tiaw B End,  tapi papa tak bole trime tindakan Pemuda PAS Sungai Aceh yang tak faham kejadah ni !

Dah lar calonkan si Piah ni,  pastu nak pukul plak Chegubard,  nko orang pehal ni ! Ni ker sikap kepimpinan Islam ! 


Bangang, bodoh, sial, nak mampus for Pemuda Pas Pulau Pinang,  tk bertamadun dan tak ikut keputusan Majlis Presiden !  Memalukan satu parti dalam satu perjuangan,  pastu nak sabotaj Chegubard,  ni ke sikap orang Islam yang perlu dicontohi.  Boleh belah la kalau camni Pemuda PAs kat sana ! 

Papa sendiri protes kat dorang ! dan kalau ada lagi papa dengar dorang nak sabotaj Chegubard.  Siap la Pemuda PAs kat sana.  Jangan papa turun sana dengan geng Selangor bikin haru !


Papa kat sini nyatakan sokongan untuk Chegubard wakil sebenar Pakatan Rakyat di Sungai Aceh.  Lain-lain papa anggap calon mangkuk termasuk calon PAs,  B End memang la dah tentu mangkuk tandas !



LAWAN TETAP LAWAN

SOKONG KEPIMPINAN CHEGUBARD DI SUNGAI ACEH !



I

Wednesday 17 April 2013

PROTES PROTES PROTES !! JIB NAK CUCI TAIK LA KONON KAT SELANGOR

Maaf menghilang selama ni. Buat kjsupporters komen bebaik lar orang muda! papa buat keje untuk parti bukan duduk kat depan pc macam saudara untuk huru harakan blog orang.  Bebalik pada cite kali ni.  Abg Jib dah umum calon,  macam-macam lagu dok cite kat ground masa papa turun kat selangor.

Cite betui ni tuan-tuan.  Masa p pasang bendera kat sabak bernam papa dengar orang ground AMENOH  tak puas hati.  Bepuluh jugalah yang keluar parti. Apalagi begegar AMENOH kat sana.  Tular JIB nak cuci taik orang sekarang dah salah cuci. itu taik JIB makan sendiri !

Pastu papa merayau pasang bendera kat IJOK, sana pun huru hara.  Itu calon besar kepala buat perangai sendiri. Baru dapat kene calon dah tak nak dengar pendapat akar umbi. Papa rasa kalah si PATIBAN ni.  Takpa, janji PAKATAN menang,  papa no hal.

Hah, ni baik punya citer calon B End gombak..tapi papa tk confirm si RAMAN MAIL KERBAU,  katanya kaki perempuan.  Papa nasihat kat RAMAN KERBAU supaya tarik diri awal-awal,  nanti dah londeh baru padan muka.  Nama status Datuk tapi gile betina.  Tapi biasalar AMENOH memang peel cemni, kaki betina cem KJ, JJ ngan JIB ngan si TUNYA.

Tapi papa tak bley trima pilihan JIB letak si ZUL tongong kat Shah Alam.  Hah baik sangat la tur JIB,  nko amik orang luar wakil kat situ.  Sekarang jentera sana dah boikot pasai si ZUL tongong ni dari KULIM.  Dah tak laku kat sana nko campak plak nak lawan dengan saudara KHALID SAMAD.  Ape punya bangang lar strategi jib ni.  Papa ingat orang ground JIB memang tak tau nak buat kerja pastu tak dengar pendapat akar umbi.  Tapi papa puji strategi B End,  sebab bagi green light untuk PAKATAN untuk menang mudah.  Papa ramal Shah Alam memang PaS menang punya.  Papa seru supaya warga Shah Alam untuk pangkah PaS pada pru nanti.  Nanti kalau B End amik alih, akan wujud TOYOL (si TOYO) si kaki songlap projek kat Selangor.

Papa jugak dengar-dengar banyak tempat pusat daerah mengundi AMENOK dah ditutup.  Dah kat 12 tempat dah tutup kedai cam kat Dengkil,  Tajong Sepat ngan Sungai Pelek.  Pastu nanti papa dengar ada lebih kurang 15 lagi akan ditutup kat Shah Alam,  Ijok, Kota Alam Shah,  Kota Raja dengan Sementa.  Papa rasa memang B End bungkus ni sebelum pru.

Paling papa tak respek, ada pulak papa dengar lagu kat tv3 SAYANGI SELANGOR SAYANGI B END.  Patutnya lirik die kena macam gini -> Sayangi Selangor Jahanam B End,  Dikaulah Penjahanam Dahulu,  Kita Semua Se Ia Sekata, Seiring Jalan, Jahanam Kerajaan !


Lagu tahun lepas,  tak laku pastu sekarang takdak modal, recycle balik..BAIK PUNYA B End.   Bawah ni pulak PAKATAN punya,  papa respect tak yah tayang kat tv3 pun da meletup pastu tak payah point-point pada negeri.  Global la sket B End. Sila dengar pastu like PAKATAN, unlike dan komen Sayangi Selangor Jahanam B End,  Dikaulah Penjahanam Dahulu,  Kita Semua Se Ia Sekata, Seiring Jalan, Jahanam Kerajaan !   pada link di atas.




Papa nak tulis lagi, tapi petang ni nak pasang bendera lagi kat area sekitar selangor, nanti papa dengar,  papa tulis lagi kat sini.  Papa ni kira dah senior jugak,  tapi papa turun jugak pasang bendera,  sebab papa tak kesah,  janji B End akan jadi empayar yang akan gugur,  INI KALI LAH ! KASI TUKAR ITU ABG JIB !

LAWAN TETAP LAWAN !

Saturday 13 April 2013

15 FAKTA UMNO KHIANAT MELAYU

Ok kita kasi cooldown sikit pembokaran panas papa...kang org tak suke plak kat papa nie..so skrg nie layan fakta-fakta UMNO nie khianat orang melayu...renung2 kan dan ubah di kertas undi anda.....INIKALILAH!!!!!



1.    UMNO mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Sebanyak 27 kerusi Parlimen baru diwujudkan namun Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi.  Johor diperuntukan 6 kerusi Parlimen, Sabah 5. Semua negeri  yang lain mendapat tambahan kerusi Parlimen, termasuk Wilayah Persekutuan.  Sarawak tidak terlibat, kerana persempadanan kawasan telah disempurnakan dalam tahun 1997. Ini akibatnya mengurangkan suara kerusi Melayu di dalam Parlimen. 

 2.     UMNO dengan sukarela meletakkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu yang menyaksikan suara Melayu berkurangan. Di DUN Tenggaroh, Johor misalnya, peratusan pengundi Melayu ialah 80%, Cina (17%) dan India (2%). Tetapi UMNO merelakan calon yang bertanding daripada MIC iaitu Murukasvary a/p S.Thanarajan yang mengalahkan calon PAS iaitu Shahar bin Abdullah dengan majoriti 8,233. Kekalahan calon PAS menyebabkan berkurangnya satu suara Melayu dalam DUN Johor.

 3.   Di DUN Titi Tinggi, Perlis, peratus pengundi Melayu ialah 74%, Cina (23%) dan India (1%), namun UMNO hanya melihat dengan rela hati kerusi tersebut ditandingi oleh Yip Sun Onn daripada MCA yang menang mengalahkan calon Melayu dari PKR. Kemenangan calon MCA itu mengurangkan satu suara Melayu dalam DUN Perlis.
 
4.   Di DUN Kahang, Johor, pengundi Melayu membentuk majoriti dengan angka 71%, Cina (39%) manakala India (11%), UMNO tanpa segan silu menghulurkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu R. Vidyananthan A/L Ramanadhan yang seterusnya mengalahkan calon Melayu, Abdul Halim bin Mohamad Dawam daripada parti PKR dengan majoriti 5,324 undi. Tidak malukah UMNO menjerit seperti polong kelaparan ‘HIDUP MELAYU!!’ sedangkan kerusi majoriti Melayu diserahkan dengan mudah kepada MIC?

5.   Di Selangor juga mencatat percaturan UMNO yang mengkhianati Melayu. Di DUN Batu Caves yang mencatat peratus pengundi Melayu 62%, Cina 15% dan India 3%. Sekalipun pengundi India hanyalah 3%, tetapi UMNO bermurah hati menyedekahkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu Mohan A/L Thangarasu. Bagaimanapun, calon ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR iaitu Amiruddin Shari.

 6. Di Melaka juga UMNO telah menggadaikan maruah Melayu apabila melepaskan kerusi DUN Asahan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu 58.27%. Kerusi tersebut diserahkan kepada Datuk R. Perumal daripada MIC untuk bertanding dan seterusnya menang ke atas calon Melayu daripada PAS, Amdan Sudin. Pengundi India di kerusi tersebut hanya berjumlah 12.14% tetapi kemurahan hati UMNO memastikan calon MIC menang dan merugikan satu suara Melayu di DUN Melaka

 7.  UMNO juga khianat kepada Melayu dan merugikan suara Melayu apabila menyerahkan kerusi kepada calon Cina, Toh Chin Yaw untuk bertanding dalam pilihanraya umum 2008 di DUN Bandar, Terengganu. DUN tersebut mempunyai jumlah pengundi Melayu 60.4% mengatasi pengundi yang hanya Cina 38.02%. Toh Chin Yaw kemudiannya menang ke atas calon Melayu daripada PKR, Dr. Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi. 

 8.  UMNO juga khianat terhadap Melayu di Parlimen Pandan, Selangor apabila memberikan laluan kepada calon MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding sekalipun peratus pengundi Melayu yang paling tinggi di kawasan tersebut dengan jumlah 49.34% berbanding Cina 45.04%. Calon ini menewaskan calon Melayu daripada PKR Syed Shahir Syed Mohamud dengam majoriti 2,961. Hakikatnya, undi kaum Melayu lah yang membawa Presiden MCA ini ke Parlimen. Inilah bukti kebaikan hati UMNO yang mendabik dada sebagai juara bangsa Melayu!
 
 9.  Di Parlimen Gelang Patah, Johor, barisan pembangkang lebih menjamin suara Melayu dengan meletakkan calon Dr. Zaleha Mustafa (PKR) menentang calon MCA yang direstui UMNO, Tan Ah Eng. Bagaimanapun, calon Melayu ini tewas dengan majoriti 8,851 undi sekaligus menyaksikan kehilangan satu suara Melayu di Parlimen. 
  
10.  UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberikan hak keapda warga Singapura memasuki WPI ini tanpa pemeriksaan imigresen sebagaimana sepatutnya. Bahkan jawatankuasa bersama Malaysia - Singapura telah diwujudkan sebelum projek ini bermula lagi menunjukkan bagaiamana penguasaaan Singapura ke atas WPI. Di dalam wilayah ini, 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM. Akhirnya ia akan tergadai begitu sahaja yang akan menjadikan jumlah TRM di Johor merosot dengan drastik.

11.  UMNO hanya berjaya melahirkan jutawan seperti Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Dalam kajian tahunan majalah Malaysian Business (16 Februari 2010), nilai kekayaan Robert Kuok adalah RM43 bilion. Beliau kaya kerana lesen monopoli untuk import, proses dan edar gula di Malaysia. Dalam pada Raja Gula semakin kaya, rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula. Dulu harga gula hanya RM1.65 sekilogram. Pada Julai 2010, ia dinaikkan menjadi RM1.90. Pada Disember 2010 naik lagi menjadi RM2.10. Pada Mei 2011, naik lagi menjadi RM2.30 dan pada Oktober 2012 naik lagi menjadi RM2.50. Siapa boleh menjamin harga gula tidak akan naik selepas pilihanraya umum nanti? Inilah Ketuanan Melayu!

12.UMNO memperkenalkan 'along berlesen' iaitu PTPTN. Sepatutnya anak-anak Melayu yang mendapat biasiswa (pendidikan percuma) dibebankan dengan pinjaman PTPTN yang mengenakan caj-caj sampingan. Mahasiswa yang baru bergraduasi akan terus diburu PTPTN sekalipun belum mendapat pekerjaan. Apabila Pakatan Rakyat menggariskan janji untuk memberikan pendidikan percuma di peringat pengajian tinggi, pemimpin UMNO mendakwa ia akan menjadikan negara bangkrap. Padahal kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 April 2011 menyatakan bahawa sepanjang tahun 2010, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan untuk pinjaman PTPTN RM6.04 bilion. Ertinya, sejumlah ini perlu dicari oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan ketirisan akibat perbelanjaan kurang berhemat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berjumlah lebih 20 billion!

13. UMNO menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat  Wan Tak  Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak  31.36%. Majoriti  yang  mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi? Amat merbahaya apabila syarikat asing  menguasai lesen  beras negara. Tapi itulah UMNO, asal kantung mereka penuh, semua perkara boleh dilanggar.

14.UMNO menafikan royalti minyak kepada Kelantan, sebuah negeri yang majoritinya kaum Melayu. Berbeza dengan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh Barisan Nasional kesemuanya menerima royalti minyak tersebut. Bahkan untuk negeri Pahang, sudah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012 bakal menerima wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun bermula suku ketiga tahun 2014.

15.UMNO memperkenalkan dasar yang gagal iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Akhirnya dasar ini terbukti jelas gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini. Dalam pada itu, UMNO asyik memperbesarkan isu Kelantan menangguhkan penguatkuasaan salun unisex dan menarik balik larangan penyertaan qariah di dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Padahal langkah UMNO memperkenalkan PPSMI dan menarik balik kemudiannya lebih mendatangkan kesan yang mudharat kepada negara.

      Harap..membuka mata penyokong-peyokong tegar UMNO agar menolak sepenuhnya UMNO/BeND pada PRU13.....JOM UBAH.....padan muka ko BeND...hahaha...