Ok kita kasi cooldown sikit pembokaran panas papa...kang org tak suke plak kat papa nie..so skrg nie layan fakta-fakta UMNO nie khianat orang melayu...renung2 kan dan ubah di kertas undi anda.....INIKALILAH!!!!!
1.
UMNO mengubah persempadanan
pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu
dalam pilihanraya 1999. Sebanyak 27 kerusi Parlimen baru diwujudkan namun Kelantan,
Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus,
21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Johor diperuntukan 6 kerusi Parlimen, Sabah
5. Semua negeri yang lain mendapat
tambahan kerusi Parlimen, termasuk Wilayah Persekutuan. Sarawak tidak terlibat, kerana persempadanan
kawasan telah disempurnakan dalam tahun 1997. Ini akibatnya mengurangkan suara
kerusi Melayu di dalam Parlimen.
2. UMNO dengan sukarela meletakkan calon bukan Melayu
bertanding di kawasan majoriti Melayu yang menyaksikan suara Melayu
berkurangan. Di DUN Tenggaroh, Johor misalnya, peratusan pengundi Melayu ialah
80%, Cina (17%) dan India (2%). Tetapi UMNO merelakan calon yang bertanding
daripada MIC iaitu Murukasvary a/p S.Thanarajan yang mengalahkan calon PAS
iaitu Shahar bin Abdullah dengan majoriti 8,233. Kekalahan calon PAS
menyebabkan berkurangnya satu suara Melayu dalam DUN Johor.
3. Di DUN Titi Tinggi, Perlis, peratus pengundi Melayu
ialah 74%, Cina (23%) dan India (1%), namun UMNO hanya melihat dengan rela
hati kerusi tersebut ditandingi oleh Yip Sun Onn daripada MCA yang menang
mengalahkan calon Melayu dari PKR. Kemenangan calon MCA itu mengurangkan satu
suara Melayu dalam DUN Perlis.
4.
Di DUN Kahang, Johor, pengundi Melayu membentuk
majoriti dengan angka 71%, Cina (39%) manakala India (11%), UMNO tanpa segan
silu menghulurkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu R. Vidyananthan A/L
Ramanadhan yang seterusnya mengalahkan calon Melayu, Abdul Halim bin
Mohamad Dawam daripada parti PKR dengan majoriti 5,324 undi. Tidak malukah UMNO
menjerit seperti polong kelaparan ‘HIDUP MELAYU!!’ sedangkan kerusi majoriti
Melayu diserahkan dengan mudah kepada MIC?
5. Di Selangor juga mencatat percaturan UMNO yang
mengkhianati Melayu. Di DUN Batu Caves yang mencatat peratus pengundi Melayu
62%, Cina 15% dan India 3%. Sekalipun pengundi India hanyalah 3%, tetapi
UMNO bermurah hati menyedekahkan kerusi ini kepada calon MIC iaitu Mohan A/L
Thangarasu. Bagaimanapun, calon ini tewas kepada calon Melayu daripada PKR
iaitu Amiruddin Shari.
6. Di Melaka juga UMNO telah menggadaikan maruah
Melayu apabila melepaskan kerusi DUN Asahan yang mempunyai majoriti pengundi
Melayu 58.27%. Kerusi tersebut diserahkan kepada Datuk R. Perumal daripada MIC
untuk bertanding dan seterusnya menang ke atas calon Melayu daripada PAS, Amdan
Sudin. Pengundi India di kerusi tersebut hanya berjumlah 12.14% tetapi
kemurahan hati UMNO memastikan calon MIC menang dan merugikan satu suara Melayu
di DUN Melaka
7. UMNO juga khianat kepada Melayu dan merugikan suara
Melayu apabila menyerahkan kerusi kepada calon Cina, Toh Chin Yaw untuk
bertanding dalam pilihanraya umum 2008 di DUN Bandar, Terengganu. DUN
tersebut mempunyai jumlah pengundi Melayu 60.4% mengatasi pengundi yang hanya Cina
38.02%. Toh Chin Yaw kemudiannya menang ke atas calon Melayu daripada PKR, Dr.
Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi.
8. UMNO juga khianat terhadap Melayu di Parlimen Pandan,
Selangor apabila memberikan laluan kepada calon MCA, Datuk Ong Tee Keat
untuk bertanding sekalipun peratus pengundi Melayu yang paling tinggi di
kawasan tersebut dengan jumlah 49.34% berbanding Cina 45.04%. Calon ini
menewaskan calon Melayu daripada PKR Syed Shahir Syed Mohamud dengam majoriti 2,961.
Hakikatnya, undi kaum Melayu lah yang membawa Presiden MCA ini ke Parlimen.
Inilah bukti kebaikan hati UMNO yang mendabik dada sebagai juara bangsa Melayu!
9. Di Parlimen Gelang Patah, Johor, barisan pembangkang lebih
menjamin suara Melayu dengan meletakkan calon Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
menentang calon MCA yang direstui UMNO, Tan Ah Eng. Bagaimanapun, calon
Melayu ini tewas dengan majoriti 8,851 undi sekaligus menyaksikan kehilangan
satu suara Melayu di Parlimen.
10. UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang
memberikan hak keapda warga Singapura memasuki WPI ini tanpa pemeriksaan
imigresen sebagaimana sepatutnya. Bahkan jawatankuasa bersama Malaysia
- Singapura telah diwujudkan sebelum projek ini bermula lagi menunjukkan
bagaiamana penguasaaan Singapura ke atas WPI. Di dalam wilayah ini, 16,997
hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah
Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik
oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI
tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM. Akhirnya
ia akan tergadai begitu sahaja yang akan menjadikan jumlah TRM di Johor merosot
dengan drastik.
11. UMNO hanya berjaya melahirkan
jutawan seperti Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Dalam kajian tahunan majalah Malaysian Business (16 Februari 2010),
nilai kekayaan Robert Kuok adalah RM43 bilion. Beliau kaya kerana lesen
monopoli untuk import, proses dan edar gula di Malaysia. Dalam pada Raja Gula
semakin kaya, rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula. Dulu harga gula hanya
RM1.65 sekilogram. Pada Julai 2010, ia dinaikkan menjadi RM1.90. Pada Disember
2010 naik lagi menjadi RM2.10. Pada Mei 2011, naik lagi menjadi RM2.30 dan pada
Oktober 2012 naik lagi menjadi RM2.50. Siapa boleh menjamin harga gula tidak
akan naik selepas pilihanraya umum nanti? Inilah Ketuanan Melayu!
12.UMNO memperkenalkan 'along
berlesen' iaitu PTPTN. Sepatutnya anak-anak Melayu
yang mendapat biasiswa (pendidikan percuma) dibebankan dengan pinjaman PTPTN
yang mengenakan caj-caj sampingan. Mahasiswa yang baru bergraduasi akan terus
diburu PTPTN sekalipun belum mendapat pekerjaan. Apabila Pakatan Rakyat
menggariskan janji untuk memberikan pendidikan percuma di peringat pengajian
tinggi, pemimpin UMNO mendakwa ia akan menjadikan negara bangkrap. Padahal
kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7
April 2011 menyatakan bahawa sepanjang tahun 2010, kerajaan telah mengeluarkan
peruntukan untuk pinjaman PTPTN RM6.04 bilion. Ertinya, sejumlah ini perlu
dicari oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian
tinggi. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan ketirisan akibat
perbelanjaan kurang berhemat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara
2010 yang berjumlah lebih 20 billion!
13. UMNO menjual saham BERNAS
(Syarikat Beras Negara) kepada syarikat
Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan
di Hong Kong sebanyak 31.36%. Majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah
jaminan petani-petani ini tidak dizalimi? Amat merbahaya apabila syarikat
asing menguasai lesen beras negara. Tapi itulah UMNO, asal kantung
mereka penuh, semua perkara boleh dilanggar.
14.UMNO menafikan royalti minyak
kepada Kelantan, sebuah negeri yang majoritinya kaum Melayu. Berbeza dengan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh
Barisan Nasional kesemuanya menerima royalti minyak tersebut. Bahkan untuk
negeri Pahang, sudah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012 bakal
menerima wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun bermula suku ketiga tahun 2014.
15.UMNO memperkenalkan dasar yang
gagal iaitu Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang
ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Akhirnya dasar ini terbukti jelas
gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana
langkah 'tidak cerdik' UMNO ini. Dalam pada itu, UMNO asyik memperbesarkan isu
Kelantan menangguhkan penguatkuasaan salun unisex dan menarik balik larangan
penyertaan qariah di dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Padahal langkah UMNO
memperkenalkan PPSMI dan menarik balik kemudiannya lebih mendatangkan kesan
yang mudharat kepada negara.
Harap..membuka mata penyokong-peyokong tegar UMNO agar menolak sepenuhnya UMNO/BeND pada PRU13.....JOM UBAH.....padan muka ko BeND...hahaha...