blog papa di view

Sunday 7 April 2013

10 SEBAB KENAPA UMNO WAJIB DITOLAK


Ok...kali nie Papa ade nak kongsikan sedikit 10 sebab kenapa harus kita TOLAK UMNO..renung-renungkan dan kita UBAH pada kertas undi pada PRU-13..

 
1. UMNO TOLAK HUDUD
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyatakan pada 24 September 2011 bahawa Hudud sama sekali tidak akan dilaksana di Malaysia selepas sehari sebelumnya Presiden MCA mengeluarkan amaran bahawa MCA akan keluar Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong hudud

2.UMNO MEMBISU APABILA ISLAM DIHINA 
UMNO membisu apabila MCA selaku parti komponen Barisan Nasional yang bersekutu dengan UMNO tidak pernah henti-henti menyerang dan menghina syariat Islam. Antaranya ialah kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara. Ini disiarkan dalam akhbar The Star pada 29 Oktober 2011.

3.HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL
Presiden UMNO yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan bertulis Dr Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai - PAS) menyebut bahawa larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel telah dipindah ke Larangan Bersyarat. Justeru barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import . Hubungan dagang ini diakui oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

4.HUBUNGAN UMNO DENGAN KOMUNIS
UMNO juga menjalin hubungan dengan komunis apabila mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011. Perjanjian ini bertempat di Beijing dengan UMNO diwakili oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Enam orang pemerhati Parti Komunis China juga turut hadir semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu.

5.MENYEKAT SEBANYAK 118 PROJEK DI KELANTAN 
Sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim pada 21 September 2010.

6.MENAFIKAN PERUNTUKAN MEMBINARUMAH AWAM
Semenjak tahun 1990, Kelantan tidak mendapat satu senpun peruntukan untuk projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR). Ini disahkan oleh Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, Kelantan terpaksa berusaha dengan kudrat sendiri membina rumah-rumah awam kos rendah untuk rakyatnya. Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk tujuan ini pada tahun 2012.

7.MENGADAIKAN NASIB PENEROKA FELDA
Cadangan UMNO untuk menyenaraikan Felda Global Ventures [FGV] di Bursa Malaysia sebenarnya memperjudikan hak milik peneroka yang rata-ratanya orang Melayu. Saham - saham Felda akan dibuka kepada umum. Sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut termasuk syarikat asing, seterusnya boleh menguasai Felda. Lihatlah apa yang berlaku kepada Felda Oil Product yang kini saham milik Felda hanya tinggal 35 % sahaja dan pihak asing telah pun dilantik menjadi CEOnya.

8.PEMIMPIN UMNO TERIMA SUAPAN PENIAGA
Pada 4 Mac 2011, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim dari UMNO didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menerima suapan daripada seorang kontraktor berkaitan surat sokongan permit menjual pasir.  Atas kesalahan itu, dia dihukum penjara 3 tahun dan denda RM20,000.

9.MAJLIS HARIJADI PM MENELAN KOS RM80 RIBU 
Sebanyak RM79,053 telah digunakan untuk menyambut hari jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan pada 24 Julai 2011 yang lepas di mana jamuan tersebut hanya untuk 100 orang sahaja. Ia berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

10. DANA DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PERIBADI PEMIMPIN
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin mengaku telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000.00 ke dalam akaun peribadinya. Walaupun dia mendakwa wang tersebut untuk kegunaan UMNO Bachok, namun selaku Timbalan Menteri Kewangan, menerima dana ke akaun peribadi tetap merupakan satu salah laku apatah lagi jika wang diterima daripada kontraktor.

p/s:sebenarkan banyak lagi sebab-sebab yang wajib kita tolak UMNO nie so setakat nie cukup la 10 sebab kang bayak2 tak terjawab plak cai-cai UMNO...hahaha...KATEMYEEEEEEE.....
   

No comments:

Post a Comment