blog papa di view

Wednesday 8 May 2013

Bro AZMIN ALI we salute you ! Next Chief Minister of SELANGOR

PRU baru lepas bergema,  maaf lama tidak update blog disebabkan bertungkus lumus menangkan calon untuk perjuangan PKR dan PAKATAN RAKYAT.  Banyak pengalaman suka duka yang papa dah lalui.  Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan !

Tapi kalau tak betul papa REDAH ! Ingat pesan papa lawan tetap lawan.  Datuk Seri ANWAR IBRAHIM hampir menang Putrajaya dan papa serta penyokong sudah yakin Ketua Umum menjadi Perdana Menteri pada tahun ini,  tapi digagalkan oleh AMENO korup yang sarat dengan tipu helah politik dan taktik kotor lagi menjijikan ! Pada Abg JIB jangan nko ingat selesa jadi Perdana Menteri sekarang,  ini penggal kami kasi panas nko punya kerusi ! Kami akan serang habis-habisan hingga ketua kami, iaitu saudara Datuk Seri ANWAR ambil alih tampuk pemerintahan.

Namun papa pasrah dan kaji balik ape kekurangan pada diri dan parti.  Harap diperbaiki pada masa akan datang kerana papa sedih apa yang berlaku dalam AMENO jadi macam barah dalam                             PAKATAN RAKYAT.  Papa tak nk tulis sangat blog ni,  tapi sebagai orang dalam parti papa kuatkan hati untuk luahkan apa yang tersirat dalam setiap ahli PKR dalam perjuangan menegakkan keadilan.

Papa salute kepada Datuk Seri ANWAR IBRAHIM dan RAFIZI IBRAHIM yang menang dalam pilihanraya.  Kekuatan Datuk Seri ANWAR janganlah disangkal walaupun  diserang dengan politik video sex yang kotor oleh kumpulan AMENO.  Saudara RAFIZI,  orang baru jadi kenalah belajar dari orang lama.  Jangan terlalu angkuh dan pikir terlalu kehadapan,  apabila banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.  Jangan risau Datuk Seri ANWAR,  selagi saudara di arena politik,  selagi itu kami setia dengan perjuangan saudara !



Tapi papa salute betul dengan saudara AZMIN ALI menang dua tempat di Bukit Antarabangsa dan Gombak,  dua-dua kasi sapu.  Macam ni la pemimpin yang berwibawa. Papa masa kempen, papa sempat bersama saudara AZMIN, orangnye segak,  kalau becakap nampak kredabilitinya memang wajar menang ! terpelanting mampus calon AMENO kene penangan saudara AZMIN.  Jangan tunjuk lagak nak kalahkan AZMIN kalau ilmu tidak ada di dada.  Papa juga salute kepada Prof AZIZ BARI yang bertanding di SABAK BERNAM,  kami cuba tolong tapi apakan daya,  banyak langau dalam bahagian yang tak sekepala dan merosakkan kredabiliti calon.  Kadang papa sedih tengok,  calon dah wibawa tapi kumpulan berpuak buat Prof kalah kali ni.

Tapi buat AZMIN ALI,  papa ucapakan sekalung taniah.  Papa sokong 100% dan cadang die calon terbaik untuk dijadikan Menteri Besar Selangor.  Bagilah peluang pada saudara AZMIN ALI yang telah bergolok bergadai untuk menangkan parti.  Pada Tan Sri KHALID IBRAHIM,  tolonglah bagi laluan pada orang baru.  Janganlah kerana tamak mahukan kuasa jadi macam Mahathir ! sampai nak mampus pun nak jadi Perdana Menteri.  Sudah banyak papa dengar sabotaj-sabotaj dalam parti AMENO tapi papa paling benci dengar dalam PKR !.  Papa nak ingatkan disini kami akan tentang politik-politik kotor yang menyelinap masuk dalam PKR.  Jangan sampai papa londehkan pula perangai sekutu PAKATAN yang menikam dari belakang!

Bagi pembaharuan dalam PKR,  letaklah orang-orang yang bertanggungjawab,  berdisplin,  berwibawa dan tegas seperti saudara AZMIN ALI untuk menerajui SELANGOR !.   Papa sokong saudara              AZMIN ALI untuk jawatan Menteri Besar SELANGOR.  Harapan papa ianya jadi kenyataan sebab papa kenal betul kenal dengan saudara AZMIN dan telah berkerja bersama beliau serta kenal hati budi beliau.

Buat pemimpin PKR lain-lain,  papa ingatkan jangan tikam menikam,  buruk memburuk semasa sendiri dan jangan jadi gunting dalam lipatan.  Selagi papa hidup,  selagi itulah gema suara akar umbi ahli parti PKR akan bergema diruang ini. !  Teruskan perjuangan,  ayuh bangkit dari kekalahan dan kita lawan habis-habisan untuk tentang Abg JIB sampai ke lubang kubur !  Ayuh Datuk Seri ANWAR,  rangka strategi,  gerakan kami yang menjadi askar-askar kepada saudara !

Lawan tetap lawan,  ayuh bangkit  & kasi REDAH PUTRAJAYA !











15 comments:

  1. papa pun bengong jg.kalau nak kasi pelingkup selangor serah ja kat azmin ali.papa g tgk undian kat lain blog majoriti mau khalid.jgn hampakan pengundi2 selangor.jgn musnahkan masa depan selangor.kalau khalid tu teruk sangat memang patut kita ganti.kalau dia dah terbaik nak ganti apa hal?jgn jadi bodo la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju TS Khalid Ibrahim mengepalai Selangor untuk sepenggal lagi. Hidup Tan Sri Khalid.........

      Delete
    2. diblog sape pun boleh buat ! jangan ingat papa ni org baru. segala lenggok bahasa parti papa kenal !jadi jangan ajar papa kalau baru nak berjinak-jinak dalam politik !

      Delete
  2. Salam Papa, walaupun saya Ahli PAS dan bertungkus lumus juga untk DUN Templer, namun kepakaran TS Khalid dalam pentadbiran tak boleh disangkal lagi. Salah satu faktor kemenangan Selangor juga adalah dari kesan pentadbiran TS Khalid yang amat memuaskan semua pihak. ( Kecuali Orang-orang UMNOooooo )

    ReplyDelete
  3. apa masalah saudara. saya lontarkan pendapat sahaja yang wajar diberi perhatian. TS Khalid wajar beri peluang kepada orang baru macam saudara Azmin. Jangan jd macam amenoh lahanat !

    ReplyDelete
  4. Khalid is good MB if your replace him selangor will fall back to BN next time Many people dont like azmin so shut up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khalid didn't resolve land issue in Sabak Bernam ! that why Prof Aziz Bari lost at Sabak Bernam. I was one of the people who helped him in the campaign. So i guess you better shut the hell up ! & LISTEN TO THE GRASSROOT !

      Delete
  5. Who said so ! Tan Sri Khalid is a weak leader. Azmin is much better and far more capable than him ! give him a chance. We grass root in Selangor support him as CM Selangor!

    ReplyDelete
  6. bodoh punye blog. papa konon.. papa kedana kot. cakap sombong... jgn ajar papa. ko ni la bahasa mcm barua umno. bila org cakap ko tunjuk ko punye pailang. weh bodoh... org selangor majoriti nak khalid jd mb semula la, semua bangsa sokong. ko tu sekor yg bangang ntah brape azmin jolok ntah. makan taik la ko. kalau x kerana khalid da lama selangor nasib mcm kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nko ni macai pas ker! datang sini nak kutuk2x. nko tau tak hadi punya pasal la jadi macam ni! die patut trime saranan PKR. bukan main suka ati die nak sape jadi Menteri Besar. Nko nak tau sape Hadi masa pilihanraya aritu! macam mana pkr selangor begolok begadai pertahankan calon ! jgn smp aku londehkan si Hadi penipu tu !

      Delete
  7. PKR... buat kerja time kempen punya la malas.. time take credit punya la laju... disband je la.. bawak yg a really good leader masuk DAP/PAS. yg parasite buang je dalam tong sampah. tak payah recycle.

    ReplyDelete
  8. Pe hal nko ni..ingat bagus sangat ke PAS / DAP. PAS tu paling pembohong. dah janji tak betanding kat satu2x tempat, lepas tu letak calon mcm kat sungai aceh...sbb tu Pkr kalah bodoh sial !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grass-roots member ada berapa kerat je ada hati nak seat banyak. Kerja malas, ahli almost non existence. Time kempen datang lambak poster je.. takde rasa nak tolong langsung, macam la elit sangat. Perangai dari Umno mmg tak boleh nak berubah kot.

      bak kata your boss, "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri." sendiri tak nak reform mmg pegi mati la.

      Delete
    2. http://kasiredah.blogspot.com/2013/05/redah-anwar-redah-well-done-in-kenala.html

      Delete
  9. woi lahanat ! nko tgk tak perhimpunan 8 mei 13 perhimpunan suara rakyat, suara keramat! papa cabar NAJIB buat, setakat jemput budak sekolah penuhkan stadium adalah!

    ReplyDelete